PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang sebelum ini bekas Menteri Kesihatan kembali menerajui kementerian tersebut dalam rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.
Pengarah Strategi Parti Parti Amanah Negara (Amanah) itu menggantikan Dr Zaliha Mustafa yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Dr Dzulkefly mempertahankan kemenangan di kerusi Parlimen Kuala Selangor buat penggal ketiga pernah berkhidmat sebagai Kesihatan hampir dua tahun ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain itu, muka baharu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.
Beliau menggalas jawatan tersebut selepas penyandang iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam yang juga bertanggungjawab kepada Sabah dan Sarawak.
Anwar mengumumkan barisan Kabinet baharu yang menyaksikan bilangan menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang manakala timbalan menteri bertambah dua menjadikan seramai 29 orang.
Meskipun jumlah keseluruhan meningkat kepada 60 orang berbanding 55 orang sebelum ini, namun angka itu lebih rendah berbanding saiz Kabinet ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri iaitu seramai 70 orang. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 12 2023

Pengarah Strategi Parti Parti Amanah Negara (Amanah) itu menggantikan Dr Zaliha Mustafa yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). -Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

CEO baharu KWSP akan diumumkan dalam masa terdekat
CEO baharu KWSP akan diumumkan dalam masa terdekat susulan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II.

Dilantik Menteri Kewangan II, ini latar belakang Amir Hamzah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Menteri Kewangan II susulan rombakan Kabinet pada Selasa.

Johari Abdul Ghani kembali jadi menteri, ini latar belakang beliau
Bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi baharu berikutan rombakan Kabinet pada Selasa.

Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM
Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.

Seorang menteri, dua timbalan digugurkan
Kabinet baharu Kerajaan Madani menyaksikan seorang menteri dan dua timbalan menteri digugurkan daripada senarai.

Istiadat angkat sumpah menteri persekutuan petang ini
Menurut sumber, turut berlangsung adalah Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan.