Rohingya: Permasalahan rumit memerlukan penyelesaian antarabangsa - Najib

Najib Tun Razak
Mei 29, 2015 11:29 MYT
Penemuan kubur-kubur besar di sempadan negara dan Thailand membuka mata dunia mengenai keperitan hidup masyarakat Rohingya. - Gambar Fail
Penemuan kubur-kubur besar di sempadan negara dan Thailand membuka mata dunia mengenai keperitan hidup masyarakat Rohingya.
Justeru permasalahan rumit itu memerlukan penyelesaian bersama masyarakat dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri mengenai isu pelarian Rohingya yang dimuat naik di blog beliau NajibRazak.com hari ini:
Baru-baru ini, kita telah dikejutkan oleh penemuan kubur-kubur besar di kem pemerdagangan manusia di sempadan Perlis-Thailand di mana amat jelas bahawa mereka telah didera dan dizalimi dengan begitu kejam sekali.
Di samping itu, kita juga turut menerima pelarian kaum Rohingya. Akibat itu, Malaysia, Thailand dan Indonesia telah menerima kesan daripada tragedi kemanusiaan ini. Demi kedaulatan negara, kita tidak boleh membenarkan orang luar masuk ke sempadan kita dengan begitu mudah.
Namun, sebagai manusia, kita mempunyai rasa belas kasihan. Saya akui, setelah melihat keadaan pelarian Rohingya, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang merana akibat kelaparan, kehausan dan keletihan, saya telah membuat keputusan mengarahkan operasi menyelamatkan mereka di perairan kita.
Jika diteliti, kaum Rohingya ini lebih rela mengambil risiko meredah lautan tanpa jaminan hidup daripada terus tinggal di bumi Myanmar.
BACA: Rohingya: Ini malapetaka kemanusiaan, perlu ditanggung semua negara - Najib
BACA: Isu pelarian Rohingya adalah masalah antarabangsa - Najib
BACA: Amerika, Jepun tawar bantu isu Rohingya - Najib
Malaysia, Thailand dan Indonesia telah menerima kesan daripada tragedi kemanusiaan masyarakat Rohingya ini - Foto AFP
Justeru, adalah amat penting bagi semua negara, pertamanya, dalam konteks ASEAN untuk mencari satu penyelesaian ASEAN bersama-sama dengan kerajaan Myanmar.
Kedua, negara-negara lain seperti negara ketiga perlu memainkan peranan untuk membantu membanteras permasalahan ini dan di samping itu menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan.
Ketiga, kita harap juga badan-badan seperti OIC dan juga PBB memainkan peranan masing-masing supaya masalah kemanusiaan yang begini serius dapat kita atasi.
Sekian sahaja dari saya.
FOTO: Pelarian Rohingya di perairan Thailand
FOTO: Penemuan kubur dan penempatan pelarian di Padang Besar
#ASEAN #blog #Najib Razak #najibrazak.com #Rohingya
;