Rohana masih disiasat, SPRM minta orang ramai tidak buat spekulasi

Astro Awani
April 13, 2022 16:22 MYT
Rohana dilapor menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh Leissner kepadanya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi menyiasat kes bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan berhubung AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner kepadanya.
Menurut Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zamri Zainul Abidin, proses penyiasatan dijalankan berhubung dengan aset-aset berkenaan.
Justeru, beliau dalam satu kenyataan berharap orang ramai diminta tidak membuat spekulasi tentang kes tersebut.
Terdahulu, Rohana dilapor menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh Leissner kepadanya.
Menurut sumber dalaman SPRM pada Rabu, Rohana telah menghubungi SPRM dan menyatakan persetujuan menyerahkan aset dimilikinya daripada Leissner yang menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebelum ini, Leissner memberitahu Mahkamah New York dia memberi Rohana AS$10 juta yang mana bekas pegawai tertinggi Astro itu membeli sebuah rumah bernilai AS$7 juta di Montpelier Street, London
#1Malaysia Development Berhad #SPRM siasat Rohana #Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro' #Rohana Rozhan
;