Rogol remaja 15 tahun, tiga rakan dihadapkan ke mahkamah
Muhafandi Muhamad
Januari 14, 2018 17:38 MYT
Januari 14, 2018 17:38 MYT
Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 19, 20 dan 21 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan, remaja berusia 19 tahun itu didakwa dua kali merogol mangsa yang juga kekasihnya di dalam sebuah rumah di Kampung Kulim, Pasir Puteh antara jam 2 pagi hingga 4 pagi, Jun 2017, dan antara 2 pagi hingga 3 pagi, Ogos 2017.
Manakala dua lagi rakannya didakwa merogol mangsa itu di lokasi sama antara 3 pagi hingga 4 pagi, Ogos 2017.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam
Tiada jaminan ditawarkan dan sebutan semula kes pada 11 Februari depan.