Rogol dan liwat anak tiri, warga emas dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan
Astro Awani
Ogos 13, 2019 12:12 MYT
Ogos 13, 2019 12:12 MYT
Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dengan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi kerana merogol anak tirinya di Kota Kecil, Kota Tinggi, 17 Mac lalu.
Tertuduh yang berusia 61 dan bekerja sebagai buruh kasar menggangguk tanda faham ketika prosiding dijalankan di hadapan Hakim Zahilah Mohamad Yusuf.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh melakukan hubungan seks secara paksa selain meliwat mangsa yang berusia sembilan tahun selepas menjemputnya dari sekolah pada 17 Mac lalu.
Tertuduh didapati melakukan hubungan seks selain meliwat mangsa secara paksa di sebuah bilik di Kota Kecil, di sini kira-kira jam 2 petang.
Tertuduh ditahan dua hari selepas kejadian di hadapan rumahnya di Kota Kecil.
Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Mohamad Qayyum Ramlan.
#Amir Bon
#buruh kasar
#Kota Kecil
#liwat mangsa
#Mohamad Qayyum Ramlan
#warga emas
#Zahilah Mohamad Yusuf