Rogol, curah peluntur pada pembantu Taska di Ampang, 7 direman
Bernama
Julai 26, 2017 16:28 MYT
Julai 26, 2017 16:28 MYT
Seorang wanita dan enam lelaki direman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes samun dan rogol dua pembantu taska di sekitar Ampang, dua minggu lalu.
Penolong Pendaftar Mahkamah Ampang, Roslan Mohd Nor mengeluarkan perintah reman itu selepas membenarkan permohonan polis untuk mereman tujuh individu berumur 34 hingga 43 tahun itu.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, 14 Julai lalu, kesemua suspek dipercayai telah memecah masuk ke dalam sebuah taska di sekitar Ampang dan menyamun serta merogol dua pembantu taska.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, selepas kejadian itu, suspek telah menyimbah cecair peluntur di seluruh badan mangsa kononnya untuk menghilangkan bukti.
Suspek kemudiannya melarikan diri bersama televisyen dan telefon bimbit mangsa.