Roboh banglo terjejas di Puncak Setiawangsa
Bernama
Disember 31, 2012 15:50 MYT
Disember 31, 2012 15:50 MYT
Kerja merobohkan sebuah banglo yang terjejas di Puncak Setiawangsa ekoran kejadian tanah runtuh Jumaat lalu dilakukan Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata operasi tersebut akan mengambil masa beberapa hari bagi mengelak berlaku lagi runtuhan tanah.
"Operasi itu dijalankan secara berhati-hati bermula dari bahagian bumbung banglo berkenaan dan ke bahagian bawah secara perlahan-lahan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata seramai 283 penghuni di kawasan itu telah berpindah manakala tujuh lagi banglo masih berada dalam zon tidak selamat diduduki.
Rumah yang dikosongkan dipantau 24 jam oleh pihak polis dan Rela bagi memastikan keselamatan harta benda.