RNC janji terus berkhidmat kepada penduduk Lembah Pantai

Bernama
Mei 10, 2013 07:15 MYT
Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berjanji untuk terus berkhidmat kepada penduduk di kawasan itu atas kapasiti sebagai pemimpin Umno walaupun beliau tewas pada pilihan raya umum Ahad lepas.
Katanya beliau akan terus membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan agenda mendahulukan rakyat.
Mengenai kemungkinan dilantik menyertai Kabinet, beliau berkata jawatan menteri sepatutnya disandang oleh seorang Anggota Parlimen dan beliau tidak mahu pembangkang menggunakan isu kekalahannya untuk menghentam perdana menteri.
Raja Nong Chik tewas kepada Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 1,847 undi.
#janji #khidmat #Lembah Pantai #Penduduk #RAJA NONG CHIK #UMNO
;