#RMKe11, 'final lap' sebelum Malaysia capai status negara maju - Najib

Bernama
Mei 20, 2015 03:23 MYT
RMK11 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok merupakan 'final lap' kemaraan Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok merupakan 'final lap' kemaraan Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020.
"Inilah 'final lap' (pecutan) sebelum kita mencapai status negara maju seperti mana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020," katanya dalam laman Facebooknya hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata esok beliau akan membentangkan RMK11 yang merupakan hala tuju negara untuk lima tahun akan datang.
Beliau mengajak orang ramai untuk mengikuti pembentangan rancangan itu secara langsung online di blog rasminya www.najibrazak.com.
Pembentangan RMK11 pada persidangan Dewan Rakyat itu dijadualkan pada pukul 11.30 pagi.
Selain melalui laman blog Najib, pembentangan RMK11 itu akan turut disiarkan secara langsung oleh RTM dan Astro AWANI.
#Najib Razak #Rancangan Malaysia Ke 11 #RMK11 #RMKe11