KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM6.3 juta bagi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani dikendalikan Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), membabitkan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata, rumah terbuka di Kedah adalah program peringkat kebangsaan yang turut membabitkan Jemaah Menteri, perwakilan asing serta ketua jabatan kerajaan.
Beliau berkata, Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Kedah mencatat kos tertinggi RM3.1 juta manakala Kelantan dan Terengganu masing-masing RM1.5 juta.
"Jumlah perbelanjaan ini meliputi perkara seperti persiapan tempat, logistik dan jamuan.
"Jumlah kehadiran untuk program di Kedah adalah 25,000 orang manakala di Kelantan dan Terengganu masing-masing 15,000 pengunjung," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai jumlah perbelanjaan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Armizan berkata, penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri tahun lalu di Seri Perdana, Putrajaya membabitkan belanja RM11 juta dengan kehadiran 70,000 orang.
"Rumah Terbuka Malaysia Madani membuka ruang lebih luas untuk membolehkan pemimpin kerajaan bertemu dan beramah mesra dengan rakyat di pelbagai lokasi," katanya.
Beliau berkata, penganjuran kali ini turut mendapat kerjasama kementerian dan jabatan persekutuan selain kerajaan negeri yang membolehkan kosnya dikurangkan, terutama dari segi sumber manusia serta keperluan logistik lain.
"Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani memberi peluang peniaga kecil tempatan menjana ekonomi sebagai penyedia perkhidmatan dan makan minum sepanjang majlis berlangsung.
"Kesan ekonomi ini juga dinikmati pengusaha hotel, pengangkutan dan peniaga lain yang berkaitan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 22 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Alor Setar, Kedah pada 29 April lalu. - Gambar fail BERNAMA
Pihak Berkuasa Palestin umum kesediaan ambil alih kawalan ke atas Gaza
PA akan bekerjasama dengan negara dan organisasi sekutu, termasuk EU dan Mesir, untuk menguruskan Gaza dan Tebing Barat serta melatih pasukan PA.
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
Buletin AWANI Khas: Kembalinya Trump ke White House
Saksikan perbincangan eksklusif bersama Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Tharma Pillai, Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, serta Charissa Lee, Presiden Persatuan Alumni Universiti Amerika di Malaysia.
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Trump 2.0: Apa yang baharu, apa yang kekal?
Penganalisis Keselamatan & Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat mengulas berkenaan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dari sudut geopolitik serta hubungan bilateral dan multilateral global.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
Tiada rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana - PM Anwar
Perdana Menteri hanya akan menghadiri majlis sedemikian yang dianjurkan di peringkat negeri atau kementerian.
Tumpu isu kemiskinan kaum Melayu, bukan anjur enam rumah terbuka - Tun M
Katanya, kerajaan tidak seharusnya berasa seronok dengan mengadakan majlis rumah terbuka sedangkan masalah kaum Melayu terus terpinggir.
Rumah terbuka Aidilfitri enam negeri lebih jimat - MB Selangor
Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri dianggap lebih jimat berbanding penganjurannya hanya diadakan setempat sahaja seperti dilakukan kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Rumah terbuka Aidilfitri di negeri pembangkang tiada kaitan dengan PRN - PM Anwar
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri melibatkan tiga negeri pembangkang tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Tarian separuh bogel: Beberapa tangkapan lagi akan dilakukan - KP Selangor
Turut ditahan, penganjur yang merupakan seorang pesohor Instagram dikenali sebagai 'Cik Lala.'
Penduduk Taman Mawar akui ada hidu bau seperti diesel, gas
Seorang pemilik bengkel kenderaan, Wee Chin Long, 54, berkata dia terhidu bau itu ketika berada di dalam bengkelnya.
Tun M mohon maaf jika pentadbiran Pakatan Harapan kurang menyenangkan
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf sekiranya sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan terdapat perkara yang tidak membawa kesenangan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry
Perayaan Aidilfitri membuktikan keunikan dan kelebihan masyarakat di negeri ini yang sentiasa bersatu padu dalam kepelbagaian dan perbezaan.