RM44 juta dibelanja untuk lawatan luar negara rombongan pejabat PM - Shahidan

Bernama
Julai 17, 2013 13:02 MYT
Gambar Arkib
Sebanyak RM44.071 juta dibelanjakan oleh rombongan Pejabat Perdana Menteri untuk lawatan ke luar negara dari Mac 2008 hingga Mei tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di Dewan Rakyat hari ini.
Nga ingin tahu jumlah perbelanjaan yang telah dibayar untuk lawatan luar negara Perdana Menteri dari Mac 2008 hingga Mei 2013.
Untuk rekod, Perdana Menteri ketika Mac 2008 ialah Datuk Seri (sekarang Tun) Abdullah Ahmad Badawi manakala Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan itu sejak 3 April, 2009 hingga sekarang.
#Parlimen #pejabat perdana menteri #Shahidan Kassim
;