Sehingga Mei lalu, sebanyak RM3.18 juta peruntukan di bawah geran Sumbangan Seni Kreatif 1Malaysia telah diagihkan kepada 146 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) relevan di seluruh negara.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada geran RM6 juta di bawah belanjawan 2013 bagi membantu pengurusan dan pentadbiran NGO bidang seni kreatif.
"Kita harap melalui peruntukan ini, NGO dapat menggandakan usaha serta menggiatkan aktiviti persatuan untuk pertahankan seni budaya dan warisan.
"Sekiranya ada NGO telah berdaftar tetapi belum terima, mereka boleh hubungi bahagian dasar kebudayaan kementerian kerana kita (kerajaan) amat menghargai usaha-usaha NGO ini," katanya pada Malam Ramah Mesra dan Majlis Penyampaian Sumbangan Seni Kreatif 1Malaysia, di Kompleks Islam Sarawak, di sini malam ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Datuk Norliza Rofli.
Pada majlis itu, sebanyak 22 NGO bidang seni kreatif di Sarawak menerima peruntukan masing-masing sebanyak RM20,000.
Selain itu sumbangan sebanyak RM5,000 diberikan kepada penggiat seni kreatif dan juga koreografer, Ramli Ali, 55, yang terlantar sakit baru-baru ini kerana diserang strok.
Mohamed Nazri berkata Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak telah berjaya mengangkat dan meletakkan negeri itu dalam kelas tersendiri dalam bidang seni dan budaya.
"JKKN Sarawak berjaya membantu keperluan penggiat seni di negeri ini, dan pemeliharaan seni budaya di negeri ini berada di tahap dan kelasnya tersendiri dan menjadi tanda aras kepada negeri-negeri lain di Malaysia untuk diikuti," katanya.
Bernama
Sat Jun 08 2013
Longkang tersumbat atas bukit punca tanah runtuh - MB
Sisa tanah ekoran pembinaan lot banglo di atas kawasan bukit dipercayai menjadi punca longkang tersumbat yang menyebabkan lereng bukit Taman Melawati runtuh semalam.
Skandal rasuah MBI: Enam lagi premis diserbu
Enam lagi premis berhubung skandal rasuah yang dikaitkan dengan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) diserbu.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
114 'hotspot' tanah runtuh di Ampang Jaya - Amirudin
Lokasi tanah runtuh di lereng bukit Jalan E6 Taman Melawati di sini, merupakan satu daripada 114 kawasan kawasan berisiko atau 'hotspot' berlaku bencana seumpama itu di daerah Ampang Jaya.
Abang sulung suspek didakwa sokong pemimpin Daesh
Abang sulung kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua nyawa anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.
Tiada bahan mencurigakan dalam pesawat Air India Express - Polis Singapura
Polis Singapura memaklumkan tiada barang mencurigakan ditemukan di dalam pesawat Air India Express AXB684 Air India Express selepas pemeriksaaan keselamatan.
AWANI Borneo [16/10/2024] - Pelarasan gaji | Destinasi nomad digital | Pembangunan digital
Awani Borneo Rabu, 16 Oktober 2024 bersama Assim Hassan.
1. Sabah bersetuju laksana SSPA.
2. Sarawak perkasa hab digital global, tarik bakat dan pelabur.
3. Aplikasi Sabah Smart Parking berkuatkuasa di Kota Kinabalu.
1. Sabah bersetuju laksana SSPA.
2. Sarawak perkasa hab digital global, tarik bakat dan pelabur.
3. Aplikasi Sabah Smart Parking berkuatkuasa di Kota Kinabalu.
LHDN tidak keluarkan kenyataan, maklumat di WhatsApp guna nama Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat teks menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Skandal perlombongan pasir: Enam lagi premis diserbu SPRM
Difahamkan, enam premis yang diserbu terdiri daripada sebuah unit kediaman dan lima pejabat di Lembah Klang.
Gen Z lebih kritis berkarya kerana ketengah isu kritikal
Generasi Z (Gen Z) pada masa kini dinilai bersifat kritis kerana cenderung menghasilkan karya seni yang mengetengahkan pelbagai isu penting melibatkan global mahupun tempatan.
Menurut artis Orang Asli, Shaq Koyok, ini termasuk isu seperti perubahan iklim, ketidakadilan sosial, dan kesaksamaan hak yang penting untuk diekspresikan dalam usaha membawa perubahan.
Menurut artis Orang Asli, Shaq Koyok, ini termasuk isu seperti perubahan iklim, ketidakadilan sosial, dan kesaksamaan hak yang penting untuk diekspresikan dalam usaha membawa perubahan.
Terkejut filem tanpa bajet dapat anugerah - Pengarah Geran
Mohd Shahreel berkata, perasaan teruja dan gembira itu sukar untuk diungkapkan memandangkan kejayaan itu datang tanpa diduga.