RM3.12 bilion diperuntukkan untuk Bajet Selangor 2018
Syah Hairizal Kamalul Arifin
November 3, 2017 19:54 MYT
November 3, 2017 19:54 MYT
Kerajaan Selangor memperuntukkan RM3.12 bilion untuk belanjawan negeri itu bagi tahun 2018.
Daripada jumlah tersebut RM1.46 bilion diperuntukkan bagi belanja mengurus pembangunan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sehingga Oktober 2017, kerajaan negeri telah menyumbang kenaikan rizab negeri kepada RM3.24 bilion banding RM3.05 bilion pada 31 Disember 2016.
"Berdasarkan sambutan baik pada 2017, kerajaan negeri meningkatkan pembiayaan Skim Smart-Sewa 10 kali ganda kepada RM100 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2018 Selangor di Shah Alam pada Jumaat.
Pembentangan itu dibuat di Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang Ke-13 2017 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.