RM200 juta tambah baik jalan kampung Orang Asli di Kelantan - Zahid

Bernama
Julai 23, 2023 14:50 MYT
Ahmad Zahid berkata ia melibatkan kawasan Kuala Betis-Pos Balar dan Pos Belatim-Kuala Betis-Pos Bihai, masing-masing di Gua Musang. - Gambar/ Bernama
GUA MUSANG: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk projek menambah baik jalan di beberapa kawasan perkampungan Orang Asli di Kelantan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia melibatkan kawasan Kuala Betis-Pos Balar dan Pos Belatim-Kuala Betis-Pos Bihai, masing-masing di Gua Musang.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata jumlah peruntukan itu adalah peruntukan sedia ada yang telah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan.
"Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah juga tidak berhajat untuk meminta tambahan peruntukan namun sekiranya ia tidak mencukupi, saya sendiri akan menghadap Perdana Menteri untuk tambah.
"Bukan untuk saya tetapi untuk kebajikan Orang Asli terutamanya dalam hal perhubungan desa ini," katanya ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih Desa Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Kesedar Paloh 2, di sini hari ini.
#KKDW #jalan kampung orang asli #Zahid Hamidi #Kelantan
;