KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa RM2.23 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak dari 2011 hingga 2013 oleh tiga pihak, termasuk dua syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank Yap Wai Keat, 57, berkata kedua-dua syarikat itu, Blackstone Asia Real Estate Partners dan Tanore Finance Corp, telah mendepositkan RM2.2 bilion ke dalam akaun bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan nombor 694, melalui 11 transaksi pada tahun 2012 dan 2013.
Beliau berkata selain syarikat itu, Najib turut menerima RM60.6 juta daripada Putera Faisal Bin Turki Bandar Al Saud melalui dua transaksi pada Februari dan Jun 2011.
Saksi pendakwaan ke-38 itu berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam pada perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram Najib membabitkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Yap yang terlibat dalam sebut harga kadar pertukaran asing bagi kiriman wang masuk atau keluar pada ketika itu, berkata beliau telah diarahkan oleh pengurus perhubungan AmBank yang mengendali akaun Najib, Joanna Yu Ging Ping untuk membantu dalam perkara berkaitan pertukaran asing di bawah Bahagian Pasaran untuk akaun tersebut.
"Maklumat mengenai wang masuk ini telah disampaikan oleh Bahagian Kiriman Wang kepada saya dan pengurus perhubungan Najib iaitu Joanna Yu bagi membolehkannya memaklumkan kepada pelanggan bahawa terdapat wang masuk ke dalam akaun Najib.
"Joanna Yu mengarahkan saya supaya melaksanakan penukaran wang daripada dolar AS kepada ringgit selepas dia mendapat kelulusan daripada pelanggan (Najib). Selepas itu, jabatan saya melakukan apa yang perlu dengan memasukkan data yang berkaitan ke dalam sistem yang dipanggil MUREX di mana penukaran dilakukan mengikut kadar yang dipersetujui seperti dalam kontrak.
"Kemudian, pihak saya menghubungi Bahagian Kiriman Wang dan memaklumkan nombor kontrak dan kadar pertukaran. Berkenaan dengan transaksi ini, jabatan saya bertindak mengikut arahan oleh Joanna Yu kepada saya selepas dia menerima arahan daripada pelanggan," jelasnya.
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB funds dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB funds dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. - Gambar fail/BERNAMA
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Peguam Shafee Abdullah dikuarantin kerana COVID-19, kes Najib ditangguh
Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguh kes tersebut ke satu tarikh yang belum diputuskan lagi.