RM100 juta mampu rancakkan IKS negara - Tekun Nasional

Bernama
November 3, 2018 05:26 MYT
IKS harus diperluas dan bantuan kerajaan diperlukan bagi membantu penggiat industri meningkatkan kualiti, kemahiran dan teknologi dalam bidang masing-masing. - Gambar hiasan
Peruntukan sebanyak RM100 juta kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun Nasional) yang disediakan kerajaan menerusi Belanjawan 2019 diyakini mampu merancakkan pembangunan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negara.
Pengerusinya Datuk Seri Mohammad Suparadi Md Noor berkata IKS harus diperluas dan bantuan kerajaan diperlukan bagi membantu penggiat industri meningkatkan kualiti, kemahiran dan teknologi dalam bidang masing-masing.
IKS perlu menjadi sektor sokongan kepada pertumbuhan industri utama negara kerana negara bukan lagi sekadar negara pengguna, katanya kepada pemberita selapas Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 di sini, pada Sabtu.
Majlis pelancaran tersebut dilancarkan oleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Khalid Tik.
Mengulas lanjut, Mohammad Suparadi berkata pihaknya akan memastikan peruntukan tersebut disalurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan khususnya dari segi program latihan, pembiayaan dan juga teknologi.
-- BERNAMA
#Bajet 2019 #Belanjawan 2019 #Deepavali #IKS #industri #kawalan harga #kesejahteraan rakyat #merancak ekonomi #Mohammad Suparadi Md Noor #negara pengguna #peruntukan #TEKUN Nasional #usahawan kecil dan sederhana
;