RM1 juta baik bina 'taman tema khas' untuk golongan perokok, sindir netizen

Sahlizah Mohamed
Januari 10, 2020 18:28 MYT
Pelaksanaan membina ruangan merokok di tempat awam melibatkan peruntukan RM1 juta mendapat tentangan hebat daripada netizen. - Gambar hiasan
Pengumuman Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membina kawasan khas merokok di tempat awam melibatkan peruntukan RM1 juta menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai.
Kajian Astro AWANI di dua platform media sosial, Facebook dan Twitter rata-rata memuat naik komen yang menentang pelaksanaan itu dan menyifatkan ia sebagai satu pembaziran besar.
Antara pengikut Astro AWANI yang menurunkan komen ialah @shafiwhooo menerusi Twitter yang menulis:

Aww 1 million utk encourage orang merokok. Meanwhile ada ramai rakyat hidup serba kekurangan & struggling nak survive. Dont you guys see whats really happening in Malaysia?

— (@shafiwhooo) January 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang berpendapat peruntukan itu disalurkan untuk kemudahan pesakit luar di hospital-hospital kerajaan.
Sumaidi Mohamed misalnya menulis di Facebook Astro AWANI meminta agar kerajaan melihat situasi pesakit luar yang menunggu di luar hospital tanpa kerusi yang tidak mencukupi.
Dalam pada itu, pengguna Twitter @muhdzahari, menyuarakan rasa tidak setuju dengan mempersoalkan mengapa perlu ada layanan istimewa untuk golongan perokok sehingga sanggup menyediakan ruangan khas di tempat awam.

Kenapa ada layanan istimewa untuk perokok sampai ada ruang khas merokok? Sebelum ni non-smokers dah hadap asap, ini ikutkan lagi kehendak minoriti. Non-smokers sepatutnya dapat hak asasi hirup udara segar! RM1j lagi baik buat program environment.

— ZXHYRI (@muhdzahari) January 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Selasa lalu, KPKT mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara bagi membina kawasan khas merokok di tempat awam.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, sebanyak RM5,000 akan diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengemukakan permohonan kepada kementerian selepas mengenal pasti lokasi pembinaannya.
Ada juga yang mengatakan ia bukan satu cadangan yang bernas dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu dan kerajaan sepatutnya berbelanja dengan berhemah untuk kesejahteraan rakyat.
Dalam usaha kerajaan menguatkuasakan larangan merokok di tempat makan, peruntukan berkenaan tidak sepatutnya dilaksanakan.
Bagi Hasnal Hadi, duit peruntukan itu lebih bermanfaat digunakan untuk membantu rakyat yang berada dalam kesusahan termasuk kanak-kanak yang memerlukan wang untuk menjalankan pembedahan bagi sakit-sakit kronik.
Selain itu, turut juga dicadangkan agar peruntukan itu digunakan untuk membantu golongan asnaf dan bantuan pendidikan serta latihan vokasional kepada remaja yang tercicir dalam pelajaran mereka.
Sementara itu, ada juga yang bersifat menyindir agar lebih baik dibangunkan sebuah 'taman tema khas' untuk golongan perokok.
Secara keseluruhan, pelaksanaan KPKT ini hanya mengundang impak negatif dalam kalangan netizen yang mahu kerajaan lebih fokus kepada usaha membantu rakyat dan memajukan negara.

Membazir & idea yg tak masuk akal. Kos perbuatan yg mahal & memakan masa lama akhirnya pasti membebankan kewangan keluarga. Jika pulih, mungkin blh ikhtiar cari rezeki, if kematian? Ahli keluarga end up kena jelas hutang perubatan. Di mana kebaikan peruntukan ini?

— Rahah Ghazali (@rahah_ghazali) January 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Jumaat, lebih 50 gabungan badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa KPKT menarik balik langkah melaksanakan ruang khas merokok di tempat awam.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, gabungan badan profesional dan NGO tidak bersetuju dengan idea berkenaan, apatah lagi dengan peruntukan RM1 juta yang disediakan.
Tindakan KPKT itu, tegas beliau, memberi mesej yang bertentangan dengan budaya hidup sihat dan fatwa pihak berkuasa agama Islam serta memberi sokongan kepada amalan tidak sihat tersebut.
BACA: NGO tidak setuju pelaksanaan ruang khas merokok di tempat awam
#Facebook #KPKT #media sosial #merokok #NGO #ruangan merokok #Twitter
;