IPOH: Seorang pesara wanita mengalami kerugian sebanyak RM1.4 juta setelah diperdaya 'phone scam' yang menyamar sebagai pekerja syarikat kurier dan pegawai polis sejak tiga tahun lalu.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, siasatan polis mendapati mangsa berusia 62 tahun itu ditipu individu terbabit sejak Mac 2020, dengan membuat panggilan telefon kononnya bungkusan miliknya bermasalah.
"Polis Perak menerima laporan dariapda wanita tersebut pada 12 September (semalam) berhubung kes itu.
"Pada 27 Mac 2020, semasa mangsa berada di rumah di Taman Wah Keong, di sini, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang tidak dikenali.
"Suspek memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat kurier dan menipu bahawa mangsa mempunyai satu bungkusan yang bermasalah.
"Kemudian, mangsa telah membuat pengesahan kepada nombor telefon palsu kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah yang diberikan oleh pekerja syarikat kurier," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Yusri berkata, individu yang menyamar sebagai pegawai polis memaklumkan mangsa terbabit dalam kes jenayah pengubahan wang haram dan dadah.
Malah, mangsa turut ditunjukkan dokumen waran tangkap mahkamah atas namanya sehingga menyebabkan dia mempercayai perkara tersebut.
"Sepanjang urusan mangsa dengan 'Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah', dia telah berkomunikasi dengan lima suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dengan perwatakan berlainan.
"Mangsa telah mendedahkan semua maklumat sulit tentang akaun bank dan akaun dompet digital (digital wallet) kepada kesemua suspek serta mengikut arahan membuat pemindahan wang ke pelbagai akaun bank milik individu lain," katanya lagi.
Tambahnya, mangsa hanya sedar tentang penipuan itu setelah menunggu sekian lama kononnya seorang suspek tersebut akan datang berjumpa dengan pengadu di Ipoh sejak tahun 2020 lagi.
Susulan itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,417,019.84 dalam bentuk wang dan USDT.
Katanya lagi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Sehubungan itu, sekali lagi polis Perak ingin memberi amaran kepada masyarakat umum supaya sentiasa berwaspada terhadap panggilan telefon yang mencurigakan.
"Khususnya panggilan telefon yang kononnya dari agensi kerajaan.Orang ramai diingatkan bahawa agensi kerajaan tidak akan meminta maklumat akaun bank peribadi daripada orang awam, mahupun meminta orang awam untuk melakukan pemindahan atau pembayaran wang ke akaun bank lain," katanya.
Orang ramai boleh menyemak akaun bank dan nombor telefon yang mungkin terbabit dalam kes penipuan melalui pautan https://semakmule.rmp.gov.my.
Aida Aziz
Wed Sep 13 2023
![RM1.4 juta lesap, pesara diperdaya 'syarikat kurier', 'pegawai polis' sejak 2020 RM1.4 juta lesap, pesara diperdaya 'syarikat kurier', 'pegawai polis' sejak 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687075160_scmageneric.jpg)
Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,417,019.84 dalam bentuk wang dan USDT.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739099355_scmageneric.jpg)
Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil dari kedutaan China pada 13 Januari lepas.
![Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Salah seorang mangsa mula menyertai pelaburan dikenali sebagai Efa Trade yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan.
![Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738681476_SCAM.jpg)
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
![Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000 Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738652386_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000
Polis mengesahkan seorang akauntan kerugian RM65,520 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud di aplikasi Telegram.
![Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611740634_komunikasi.jpg)
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
![Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720420389_FBScam.jpg)
Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mula menyertai pelaburan berkenaan pada September lepas selepas tertarik dengan iklan pelaburan menerusi Facebook.
![Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia sebagai lokasi perniagaan selamat Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia sebagai lokasi perniagaan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720769828_Scam.jpg)
Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia sebagai lokasi perniagaan selamat
Jenayah senyap yang menjejas ekonomi global itu tidak hanya melibatkan individu, namun secara ketara turut merencatkan ekonomi.
![Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 akibat pelaburan tidak wujud Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 akibat pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611740634_komunikasi.jpg)
Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 akibat pelaburan tidak wujud
Mangsa ditawarkan dengan pelaburan daripada sebuah syarikat dikenali Clearbridgeleader.com melalui aplikasi WhatsApp pada September lepas.
![Mekanik rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud Mekanik rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734687796_TBSCAMFACEBOOK.jpg)
Mekanik rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Mangsa menyedari ditipu selepas diminta buat bayaran tambahan sebanyak RM400,000 lagi jika mahu mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan.
![Pesara rugi lebih RM134,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di TikTok Pesara rugi lebih RM134,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734686203_scamgeneric.jpg)
Pesara rugi lebih RM134,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di TikTok
Mangsa terperdaya dengan menyertai skim pelaburan saham menjanjikan keuntungan lumayan yang ditawarkan di platform TikTok.