Rizal Khalif pengendali Melayu pertama kereta luncur salji anjing?
Nursyazwani Saiful Sham
Disember 13, 2017 17:53 MYT
Disember 13, 2017 17:53 MYT
Ramai yang telah berjaya menempa nama bagi mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia.
Bagi Rizal Khalif, 42 tahun, beliau ingin mencabar dirinya dengan menjadi rakyat Islam, Malaysia yang pertama menyertai perlumbaan kereta luncur anjing dalam 'Fjällräven Polar 2018'.
Dianjurkan sejak 1997, 'Fjällräven Polar 2018' adalah sebuah ekspedisi di Artik yang melibatkan peserta dari seluruh dunia mengembara sejauh 300 km melintasi padang gurun Artik.
Menurut Rizal, penyertaannya sebagai seorang Islam merupakan satu peluang baginya untuk meneroka dan mendalami agama Islam.
“Penyertaan ini tentunya satu cabaran buat orang Islam seperti saya terutamanya dari aspek solat, wudhu, cara-cara bersamak dan pilihan makanan.
“Walaupun akan ada yang beranggapan penyertaan saya ini seperti mencari masalah, namun ia tidak menjadi penghalang buat saya kerana saya tahu, Islam itu mudah.
“Saya mahu menjadi inspirasi kepada orang Islam yang lain untuk mengembara dan menjelajah dunia seperti saya “ katanya ketika dihubungi Astro AWANI melalui sistem pesanan ringkas WhatsApp di sini, hari ini.
Di dalam cabaran 'Fjällräven Polar', para peserta akan dikehendaki untuk memandu kereta luncur salji anjing dengan sendirinya merentasi hutan gunung bersalji.
Perjalanan yang bermula di pinggir Fjord Norway di Signaldalen dan berakhir di kawasan Jukkasjärvi di Lapland, Sweden.
Peserta juga perlu mengendalikan anjing baka Huskies, menyediakan makanan mereka sendiri dan mendirikan tapak perkhemahan.
Sejumlah 20 peserta dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada 10 wilayah bakal menyertai ekpedisi selama seminggu.
Peserta yang medapat undian tertinggi secara automatik layak menyertai ekspedisi ini.
Namun, peserta kedua tertinggi akan diadili oleh juri berdasarkan kualiti permohonan mereka.
Buat masa ini, Rizal menduduki di tangga kedua bagi rantau Asia-Oceania.
Dia memerlukan undian anda untuk meneruskan perjuangannya dalam ekspedisi ini.
Undian boleh dibuat melalui pautan ini; http://polar.fjallraven.com/contestant/?id=758
#artik
#Asia-Oceania
#Fj llr ven Polar 2018
#Fjallraven Polar 2018
#Fjord Norway
#Islam
#Jukkasj rvi
#kereta luncur anjing
#Lapland
#pengembaraan
#Rizal Khalif
#Signaldalen
#solat
#WhatsApp