Riza Aziz dipanggil SPRM esok?

Astro Awani
Julai 2, 2018 08:38 MYT
Riza Aziz (gambar) dijangka akan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 2 petang esok. - Wikipedia
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil anak tiri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz, untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM esok.
Menurut sumber, beliau dipanggil bagi memberi keterangan bagi siasatan kes berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada jam 2 petang.
Sebelum ini, ramai individu telah dipanggil bagi membantu siasatan SPRM berhubung isu 1MDB termasuk Najib sendiri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beberapa akaun bank termasuk akaun parti UMNO turut dibekukan sementara siasatan dijalankan.
BACA: 1MDB: Bekas pegawai khas Najib dibebaskan
BACA: Rampasan berkaitan 1MDB akan ditunaikan untuk bayar hutang negara - Lim Guan Eng
BACA: Akaun UMNO, parti politik dibekukan - Pasukan Petugas Khas 1MDB
BACA: Najib jawab kenapa Jho Low diberi peranan penting
#1MDB #Najib Razak #Riza Aziz #SPRM