Syarikat kawalan keselamatan tidak mematuhi peraturan pihak berkuasa sehingga menyebabkan kira-kira 30,000 pengawal keselamatan warga asing bekerja secara haram di negara ini.
Tanpa saringan latar belakang dan kewarganegaraan, tindakan segelintir syarikat kawalan keselamatan mengaut keuntungan dengan membayar gaji yang murah kepada mereka mengundang risiko kepada keselamatan penduduk.
Kebajikan pengawal keselamatan haram diabaikan majikan sehingga mendorong mereka melakukan jenayah untuk kelangsungan hidup sering terpapar di dada-dada akhbar.
Situasi sebegini menimbulkan kerisauan dan ketakutan kepada penduduk khususnya mereka yang tinggal di kawasan perumahan yang menggunakan khidmat syarikat kawalan keselamatan.
Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Seri Mustapa Ali mendakwa sekurang-kurang 30,000 pengawal keselamatan haram yang bekerja secara bebas di negara ini sukar dipantau.
"Kami tidak menolak kemungkinan ada dalam kalangan mereka mempunyai rekod jenayah atau bekas banduan," katanya kepada Bernama.
Selain warga tempatan, katanya, kebanyakan pengawal keselamatan haram terdiri daripada warga Indonesia dan Bangladesh.
"Di Malaysia, selain warga tempatan, hanya warga Nepal dibenarkan bekerja dalam sektor ini," jelasnya.
Menurutnya, sebanyak 163,000 pengawal keselamatan tempatan berdaftar manakala 28,000 adalah warganegara Nepal.
Dianggarkan, ada 800 syarikat pengawal keselamatan yang sah di negara ini. Mustapa berkata ada kalangan pengawal keselamatan haram diekploitasikan oleh majikan seperti tidak dibayar gaji, kelewatan pembayaran gaji, kemudahan penginapan yang jauh tidak selesa serta tiada kemudahan perubatan.
Beliau berkata pengawal keselamatan yang menjadi mangsa kezaliman majikan takut untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa atau PPKKM kerana tidak memiliki permit kerja atau berdaftar secara sah.
Mustapa percaya syarikat kawalan keselamatan rela berkompromi dalam isu keselamatan negara dengan tidak mengikut prosedur pengambilan pekerja, semata-mata mahu mengaut keuntungan berlebihan.
"Mereka ini mengurangkan kos operasi dengan membayar gaji lebih murah, menyewa rumah di kawasan setinggan, tidak perlu membayar levi, insurans atau menyediakan kemudahan perubatan," katanya.
Berikutan masalah kebanjiran pengawal keselamatan haram, beliau berkata mereka telah menubuhkan satu pasukan petugas bersama polis dan Jabatan Imigresen awal tahun ini bagi menangani masalah tersebut.
Bernama
Fri Jul 01 2016
Segelintir syarikat kawalan keselamatan di negara ini tidak membuat saringan latar belakang dan kewarganegaraan. - Gambar hiasan
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
PM Anwar dijadual ke Dhaka untuk tingkatkan hubungan dengan Bangladesh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan singkat ke Bangladesh pada 4 Okt.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.
Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya - Penasihat Luar
Dhaka gesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri.
Imigresen tahan lima lelaki Bangladesh, tumpas sindiket pemalsuan dokumen Fomema
Modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan kepada warganegara asing yang tidak memiliki pasport untuk mendapatkan dokumen Fomema.