Rintihan enam beradik harapkan ibu pulang menjenguk di Aidilfitri

Astro Awani
Julai 14, 2014 22:48 MYT
Ibu mereka menghilangkan diri selepas berkahwin dengan seorang lelaki selepas kematian bapa mereka akibat sakit strok dua tahun lalu.
Ketika orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, enam beradik di Taman Cempedak Tasek Gelugor, sebaliknya hanya mengharapkan kepulangan ibu mereka yang menghilangkan diri sejak awal tahun lalu.
Noor Hamizah Basir, 22, anak sulung keluarga itu berkata, ibunya menghilangkan diri selepas berkahwin dengan seorang lelaki selepas kematian bapa mereka akibat sakit strok dua tahun lalu.
Menurut Noor Hamizah, sejak ibunya berkahwin lain, keadaan hidup mereka menjadi porak poranda apabila bapa tirinya seorang penagih dadah turut menyebabkan ibu mereka terjebak dengan najis dadah.
Lebih dikesalkan apabila ibu serta bapa tirinya yang pernah ditangkap polis akibat kesalahan dadah kini menghilangkan diri hingga ke hari ini.
Noor Hamizah yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga merayu agar ibunya pulang semula ke rumah, apatah lagi hari raya bakal menjelma tidak lama lagi.
#Aidilfitri #Hamizah Basir #tasek gelugor
;