Ringkasan perincian perkembangan COVID-19 sepanjang 24 jam lalu

Harits Asyraf Hasnan
Oktober 3, 2020 18:04 MYT
Daripada 317 kes baharu, 37 merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Jumlah 317 kes baharu COVID-19 yang direkodkan sepanjang 24 jam lalu sekali gus menjadikan jangkitan
tertinggi di negara ini.
Berikut antara perincian pengumuman perkembangan terbaharu COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah:
1. 317 kes baharu, tertinggi direkodkan dalam negara menjadikan keseluruhan 12,088 kes.
2. Daripada 317 kes, 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah
3. 3 kluster baharu: Bah Lunas, Kedah; Bah Rose, Kedah; Jelok, Selangor
4. 1 kematian dicatatkan, melibatkan kes ke-10,939 di Hospital Tawau
5. Sabah catat kes tertinggi, 155 kes; Kedah pula 102 kes
BACA: COVID-19: 317 kes baharu, tertinggi dicatatkan di Malaysia
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)
#COVID19 #kes baharu #Kluster baharu #Noor Hisham Abdullah #Ketua Pengarah Kesihatan #Kedah #Selangor #Sabah
;