Rindu isteri, Tun M akan jumpa Siti Hasmah sekembali dari Vietnam

Azlinariah Abdullah
Ogos 28, 2019 16:32 MYT
Dr Siti Hasmah sepatutnya menemani Dr Mahathir untuk lawatan kerja tiga hari ke Vietnam tetapi dibatalkan kerana keadaannya yang kurang sihat. - Gambar fail
Selepas 60 tahun hidup bersama, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui merindui isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang kini dirawat di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, sebaik tiba di tanah air pada Rabu, beliau akan terus ke hospital untuk menziarahi isterinya.
"Sudah rindu... ya la... dah 60 tahun. Orang lain kahwin berapa tahun, buat belanja kenduri besar-besar, panggil ramai-ramai orang, dua tahun bercerai," katanya dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di Hanoi, Vietnam.
Lawatan Perdana Menteri selama tiga hari ke Vietnam merupakan yang pertama sejak 21 tahun lepas berakhir hari ini.
Dalam masa sama, Dr Mahathir memaklumkan Dr Siti Hasmah sudah pulih, tetapi belum dibenarkan keluar daripada hospital.
"Dia (Tun Dr Siti Hasmah) dah pulih, tapi ada di hospital lagi," ujar beliau.
Beliau ditanya keadaan isterinya itu yang kini sedang berehat di Prince Court Medical Center sejak Isnin akibat keracunan makanan yang ringan.
Dr Siti Hasmah sepatutnya menemani Dr Mahathir untuk lawatan kerja tiga hari ke Vietnam tetapi dibatalkan kerana keadaannya yang kurang sihat.
BACA: Dr Siti Hasmah sudah pulih, masih di hospital - Tun M
#Dr Mahathir rindu isteri #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #Siti Hasmah Mohd Ali #Siti Hasmah sudah pulih
;