Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Mohd Harun yang dinamakan Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam Kabinet baharu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mahu memberi tumpuan kepada meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan penduduk luar bandar.
Beliau yang masih terkejut dengan pelantikan itu komited mahu mengubah persepsi orang ramai yang sering kali mengaitkan luar bandar dengan kemiskinan.
"Saya tidak mahu lagi apabila disebut sahaja luar bandar dikatakan miskin. Saya nak jadikan luar bandar terutamanya dari segi aktiviti ekonominya lebih rancak, lebih maju, begitu juga dengan kesejahteraan penduduk yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Kampung Baru 2018, dan beramah mesra bersama pengunjung, di sini pada Sabtu.
Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai pengumuman pelantikannya itu dan hanya mengetahui selepas rakan-rakan mengucapkan tahniah melalui telefon.
"Saya pada awalnya tidak percaya malah meminta rakan-rakan jangan percaya kerana itu mungkin berita palsu yang tersebar, tetapi selepas membaca berita (pengumuman) itu, barulah saya yakin ia betul.
"Pelantikan ini merupakan kepercayaan daripada pucuk pimpinan tertinggi dan ia datang dengan amanah yang besar. Saya berharap diberi peluang dan sokongan oleh semua rakyat," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, beliau menumbangkan calon Barisan Nasional dan penyandang kerusi itu Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua, serta Mohamad Noor Mohamad daripada PAS. -- Bernama
Bernama
Sat May 19 2018
Rina (dua, kanan) beramah mesra bersama peniaga-peniaga Bazar Ramadan Kampung Baru di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur, pada Sabtu. - BERNAMA
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Agihan Bantuan Bakul Makanan menyeluruh supaya tiada yang tertinggal - Rina Harun
Datuk Seri Rina Mohd Harun menegaskan agihan Bantuan Bakul Makanan di kawasan Parlimen Titiwangsa dibuat secara menyeluruh bagi memastikan tiada golongan memerlukan, yang tertinggal.
Bajet bina rumah PPRT tidak cukup - Rina Harun
Permohonan diterima hampir 35,000 pada tahun 2018, PKLB hanya mampu sediakan 10,000 unit sahaja termasuk baik pulih dan bina baharu.