Ribut Sonamu
Astro Awani
Januari 7, 2013 18:51 MYT
Januari 7, 2013 18:51 MYT
Ribut tropikal Sonoma dijangka akan melanda beberapa negeri di Pantai Timur Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab menasihati penduduk di tiga negeri berkenaan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
Menurut beliau, ribut yang bermula dari Filipina dan terus merentasi Laut Cina Selatan itu membawa angin dengan kelajuan 90kmsj tetapi dijangka berkurang kepada 40kmsj daripada 45kmsj di Pantai Timur.
“Walaupun kelajuan angin ribut ini akan berkurang, angin kuat, laut bergelora serta hujan lebat dijangka berlaku,” kata beliau.
Semua penduduk dan nelayan di negeri-negeri tersebut dinasihati untuk tidak pergi berhampiran laut.
“Kepada yang berada di kawasan yang sering dilanda banjir perlu berwaspada dengan amaran hujan lebat dan membuat persediaan awal bagi kemungkinan banjir,” tambah Mohamed Thajudeen.
Keadaan ini dijangka berterusan hingga Jumaat.