Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Bernama
Februari 15, 2025 16:43 MYT
Februari 15, 2025 16:43 MYT
MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan beberapa daerah di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak serta Sabah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan beberapa daerah di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak serta Sabah.
"Di Perak kawasan terlibat ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Rompin.
"Di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat; Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Melaka," menurut kenyataan itu.
Agensi itu turut memaklumkan kawasan terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) serta Limbang di Sarawak.
-- BERNAMA