Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 6 negeri

Pia Ernadya
April 17, 2024 07:50 MYT
MetMalaysia memaklumkan negeri terbabit adalah Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di enam negeri sehingga jam 5 petang Rabu.
Menurut satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan negeri terbabit adalah Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Kawasan terlibat di Perak ialah Hulu Perak dan Kuala Kangsar; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Pekan dan Rompin); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau); Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).
Sarawak (Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang) dan Sabah (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud dan Lahad Datu, Tawau).
#Amaran Cuaca #MetMalaysia #ribut petir #hujan lebat