Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga malam ini

Bernama
Januari 5, 2025 20:00 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir yang diramal berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 9 malam ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan lain yang terlibat ialah Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang; Perak serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron).
Amaran sama turut melibatkan Selangor, Johor (Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru), Sarawak (Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Limbang) dan Sabah di kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Tawau serta Sandakan.
-- BERNAMA
#hujan lebat #MetMalaysia #ribut petir #Sandakan
;