Ribut petir dijangka berlaku di empat negeri hingga 11 malam esok
Bernama
Januari 28, 2024 21:51 MYT
Januari 28, 2024 21:51 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku beberapa kawasan di empat negeri hingga 11 malam esok.
MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan kawasan terbabit termasuk Kuala Selangor dan Hulu Langat (Selangor), Jelebu (Negeri Sembilan) dan Mersing (Johor).
Keadaan serupa dijangka berlaku di Sarawak meliputi Kuching, Serian dan Samarahan bagi tempoh sama.
-- BERNAMA