Ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Johor Barat berterusan sehingga malam ini

Bernama
November 22, 2014 13:23 MYT
Jabatan Meteorologi mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan sama turut berlaku di perairan Phuket dan Selat Melaka.
Cuaca ribut petir di perairan Perlis, Kedah dan Johor Barat dijangka berterusan sehingga Sabtu malam.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata keadaan sama turut berlaku di perairan Phuket dan Selat Melaka.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil.
#cuaca #Jabatan Meteorologi #kilat #ribut petir