Ribut petir, angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang

Bernama
Mac 11, 2022 13:56 MYT
Negeri-negeri terlibat ialah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang ini.
Negeri-negeri terlibat ialah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, menurut amaran MetMalaysia yang dikeluarkan pada 12.10 tengah hari.
Kawasan terlibat di Perak ialah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong.
Di Selangor, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu langat manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu dan Seremban.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #amaran hujan lebat #amaran ribut petir #cuaca buruk
;