Ribut landa Muktamar Pas, sekurang-kurangnya 18 cedera

Hafiz Marzukhi
April 29, 2017 22:11 MYT
Hari pertama Muktamar Pas Pusat yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah hari ini kecoh susulan kejadian ribut kira-kira jam 7 malam tadi.
Sekurang-kurangnya 18 cedera dalam insiden ribut yang berlaku pada hari pertama Muktamar Pas Pusat di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut dekat sini kira-kira jam 7 malam tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, 13 mangsa dibawa ke hospital manakala lima lagi dirawat di tempat kejadian.
Dua daripada mangsa juga patah kaki.
Muktamar yang berlangsung hari ini bertukar kecoh apabila ribut mengakibatkan beberapa khemah diterbangkan angin sejauh beberapa meter dan merosakkan gerai di sekitar pekarangan kompleks.
Lokasi kejadian tidak boleh dilawati orang ramai ketika ini susulan pemeriksaan keselamatan oleh Jabatan Bomba.
#Ahmad Fadhli Shaari #bomba #hari pertama #Khemah #Kompleks Pas Kedah #Muktamar Pas #Muktamar Pas Pusat #PAS #ribut
;