Ribut Kuala Kurau: 'Saya sangka tsunami berlaku lagi'

Sinar Harian
Ogos 29, 2018 17:04 MYT
Lebih 30 rumah penduduk sekitar DUN Kuala Kurau termasuk sebuah pelantar ikan terjejas teruk setelah dilanda ribut kencang dalam kejadian awal pagi tadi. -Foto Sinar Harian
Lebih 30 rumah penduduk sekitar DUN Kuala Kurau termasuk sebuah pelantar ikan terjejas teruk setelah dilanda ribut kencang dalam kejadian awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.30 hingga 4 pagi itu, sebahagian besar rumah melibatkan Kampung Nelayan Kuala Kurau, Kampung Batu 14, Simpang Tiga Kuala Kurau, Kampung Parit Tok Hin dan Jalan Pantai, di sini mengalami kerosakan bumbung dan dinding rumah akibat kejadian itu.
Lebih mengejutkan, sebuah pelantar ikan milik penduduk di Kampung Nelayan, di sini turut runtuh setelah dibadai ribut kencang dan ombak kuat.
Seorang penduduk, Zurizam Mat Yatim, 41, berkata, dia yang tinggal bersebelahan pelantar ikan itu tergamam melihat pelantar ikan itu runtuh sepenuhnya angkara dipukul ombak kuat dan ribut.
"Bila lihat ombak dan angin kuat meruntuhkan pelantar itu, saya sangkakan tsunami akan berlaku lagi.
"Ketika kejadian, saya berada dalam rumah dan menyaksikan kejadian itu dari tingkap hanya tergamam sambil mengucap panjang.
#dilanda ribut #DUN Kuala Kurau #Kampung Nelayan #Kampung Parit Tok Hin #nelayan #pelantar ikan #Zurizam Mat Yatim
;