Ribut, hujan lebat di Johor, Terengganu bukan kerana pembenihan awan

Mariah Ahmad
April 26, 2016 16:01 MYT
Jabatan Meteorologi berkata kejadian hujan lebat dan ribut tersebut berlaku secara semulajadi.
Jabatan Meteorologi mengesahkan kejadian hujan lebat dan ribut yang berlaku di Terengganu dan Johor semalam bukan kerana proses pembenihan awan.
Pegawai Jabatan Meteorologi Ambun Dindang berkata kejadian hujan lebat dan ribut tersebut berlaku secara semulajadi.
Jelasnya, proses pembenihan awan pada Isnin adalah tertumpu di kawasan empangan yang terletak di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Semalam, satu video yang viral di Facebook jelas menunjukkan kejadian ribut serta angin kuat berlaku pada sebelah petang di Tangkak, Johor.
#Ambun Dindang #Jabatan Meteorologi #kejadian ribut dan angin kuat #pembenihan awan
;