Ribut 15 minit di Paka, tiada kemalangan jiwa berlaku seperti ditular

Bernama
Ogos 15, 2017 09:53 MYT
Sejak lewat malam ini tular di media sosial mengenai kejadian ribut tersebut hingga menimbulkan andaian berlaku kemusnahan teruk terutama di kawasan Petronas yang beroperasi di sekitar Paka. - Sekadar gambar hiasan
Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku di Paka, Terengganu dan kejadian ribut yang tular di media sosial hanya terjadi 15 minit sahaja, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman.
Katanya apa yang berlaku dikategorikan sebagai ribut angin kuat yang mengejut iaitu hadir membadai dalam tempoh yang singkat.
"Setakat ini selepas kejadian tiada sebarang laporan berkaitan kecederaan. Kejadian itu berlaku waktu magrib kira-kira 15 minit sahaja dan dimaklumkan juga bahawa ia berlaku di dalam kawasan Petronas namun pihak Petronas dapat mengawalnya secara dalaman," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Selain itu, katanya beberapa kawasan penempatan komuniti di Paka turut dilanda kerosakkan tetapi terkawal.
Sejak lewat malam tadi tular di media sosial mengenai kejadian ribut tersebut hingga menimbulkan andaian berlaku kemusnahan teruk terutama di kawasan Petronas yang beroperasi di sekitar Paka.
-- BERNAMA
#APM #Paka #Petronas #ribut #terengganu
;