Ribuan umat Islam membanjiri Dataran Merdeka bagi menjayakan majlis Doa Untuk Malaysia 2016 sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan disambut tidak lama lagi.
Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib dan disusuli Solat Isyak dan Solat Hajat secara berjemaah.
Ia kemudian diteruskan dengan Doa Untuk Malaysia yang dipimpin Tuan Asmawi Tuan Umar.
Majlis diteruskan dengan alunan selawat dan qasidah yang dipimpin Habib Syech Abdul Kadir Abdul Rahman Assegaf selain disertai kumpulan In-Team, Al-Mawlid, kumpulan hadrah dan diisi dengan bacaan tawsiah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid.
Tahun ini merupakan kali ketiga penganjuran Doa Untuk Malaysia dan menjadi acara tahunan sebagai pembukaan kepada semua acara Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 yang disusun oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai Sekretariat Merdeka.
Pengajuran program itu bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan nilai keagamaan melalui pengisian program yang berteraskan Islam selain menerapkan semangat patriotik kalangan rakyat.
Ia turut mendidik rakyat agar sentiasa menjadikan Rasullullah sebagai idola dan mencontohi keperibadian baginda.
Program sama turut dilaksanakan penganut agama lain antara 12 Ogos hingga 28 Ogos di rumah ibadat masing-masing.
Rahimah Abdullah
Sat Aug 13 2016
![Ribuan umat Islam sertai Doa Untuk Malaysia di Dataran Merdeka Ribuan umat Islam sertai Doa Untuk Malaysia di Dataran Merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41471095958_NajibTunRazak.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Doa Untuk Malaysia di Dataran Merdeka malam ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan). - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![PM Najib bersama ribuan umat Islam di malam Doa Untuk Malaysia PM Najib bersama ribuan umat Islam di malam Doa Untuk Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71502553973_DoaUntukMalaysia.jpg)
PM Najib bersama ribuan umat Islam di malam Doa Untuk Malaysia
Acara tahunan yang masuk tahun keempat penganjuran ini diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017.
![Najib sertai ribuan umat Islam pada malam 'Doa Untuk Malaysia' Najib sertai ribuan umat Islam pada malam 'Doa Untuk Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439658912_solatMaghrib.jpg)
Najib sertai ribuan umat Islam pada malam 'Doa Untuk Malaysia'
Penganjuran majlis itu bagi mendoakan kesejahteraan dan keamanan negara daripada pelbagai tragedi serta bencana yang menimpa Malaysia sebelum ini.