JAMBATAN Bailey akan dibina di Felda Selancar, Rompin selepas laluan utama ke kawasan tanah rancangan terbabit runtuh awal pagi tadi akibat banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk menyediakan peruntukan bagi membina jambatan berkenaan.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) akan dikerah ke lokasi kejadian dan segera membina jambatan Bailey yang dijangka siap dalam tempoh 48 hingga 72 jam.
"Saya telah menghubungi Panglima Tentera Darat untuk memobilisasi Kor RAJD, dan yang paling penting ialah jambatan ini akan dipasang sebaik sahaja ia sampai.
"Pemasangan akan mengambil masa antara 48 jam hingga 72 jam. Namun, ini sekurang-kurangnya akan dapat membantu penduduk di sini untuk terus melakukan urusan perjalanan," katanya dalam rakaman video pada Rabu.
Sebelum itu, Ahmad Zahid bersama Ketua Pengarah Nadma, Datuk Khairul Shahril Idrus dan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM), Aminurrahim Mohamed meninjau keadaan jalan yang terputus di Rompin.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata ribuan penduduk terjejas akibat terputus hubungan, selain terdapat kira-kira 110 pelajar yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Keadaan itu, jelas beliau menyebabkan pelajar-pelajar berkenaan tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kertas peperiksaan tidak sampai ke lokasi.
"Terdapat seorang pesakit dialisis yang sedang diusahakan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, dan terdapat seorang ibu yang bersalin tetapi pihak ambulans telah membawa ibu itu untuk pergi ke klinik besar yang berdekatan.
"Namun yang paling penting di sini ialah tindakan cepat yang dilakukan oleh pihak Nadma, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," ujarnya.
Beliau dalam masa yang sama mengingatkan agar penduduk di kawasan yang terdedah banjir agar mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.
Terdahulu,Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Azahari Mukhtar berkata, jalan utama Felda Selancar ditutup kedua-dua arah ekoran jalan tersebut telah runtuh akibat limpahan air deras berikutan hujan lebat.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 01 2023
Ahmad Zahid berkata beliau telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk menyediakan peruntukan bagi membina jambatan berkenaan. - Foto/Facebook Zahid Hamidi
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan
Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional dan berjaya menarik lebih dari 40,000 usahawan.
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT
Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).
AWANI Ringkas: Apa punca kematian Nur Farah Kartini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Senator tertinggi Amerika Syarikat Bob Menendez didapati bersalah ke atas semua 16 pertuduhan jenayah yang dihadapinya dalam perbicaraan rasuah yang mendapat liputan meluas di New York.
Mangsa maut di hotel Bangkok dipercayai diracun
Pihak berkuasa Thailand mengsyaki kematian enam warga asing yang didalam bilik hotel mewah di Bangkok kerana diracun.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
Semua mangsa banjir di Rompin dibenarkan pulang
Semua mangsa banjir melibatkan 319 orang daripada 90 keluarga di dua pusat pemindahan banjir di daerah Rompin dibenarkan pulang hari ini.