Ribuan bantah aktiviti pembalakan di Tasik Pedu

Astro Awani
Februari 10, 2013 08:53 MYT
Aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air Tasik Pedu, Kuala Nerang, Kedah hingga mengondolkan bukit bukau dan hutan simpanan menimbukan keresahan kalangan penduduk.
Bimbang kejadian bertambah buruk ribuan anak muda membuat bantahan terhadap kerajaan negeri.
Lebih 10,000 anak muda dari pelbagai pertubuhan kerajaan hadir ke lokasi aktiviti pembalakan.
Rata-rata mereka kecewa dengan tindakan kerajaan negeri itu yang dilihat membelakangi usaha pemuliharaan alam sekitar.
Dalam pada itu pengerusi jawatankuasa penganjur program, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mahu rakyat menilai sendiri apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Pas.
Sebagai simbolik terhadap bantahan rakyat yang hadir pada majlis itu, Mukhriz turut menanam benih anak pokok hutan di lokasi aktiviti pembalakan itu.
#hutan simpanan #pembalakan #Tasik Pedu
;