RHB Bank sahkan pekerja cawangan Kajang positif ujian COVID-19

Bernama
November 7, 2020 04:13 MYT
Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, RHB menetapkan supaya kontak rapat dengan pekerja positif COVID-19 juga jalani kuarantin di rumah.
KUALA LUMPUR: RHB Banking Group (RHB) telah mengesahkan salah seorang pekerjanya dari cawangan RHB Bank di Kajang, Selangor telah diuji positif COVID-19 pada 6 Nov, 2020 dan kini menjalani kuarantin.
Dalam satu kenyataan, bank itu berkata aktiviti pembersihan dan sanitasi telahpun dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.
"RHB turut membantu pihak berkuasa dalam usaha menjejak kontak dan sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan pekerja terlibat juga telah ditetapkan agar kuarantin di rumah.
"Kami telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan, pekerja dan masyarakat kami," tambahnya.
-- BERNAMA
#RHB Banking Group #COVID-19 #kesihatan #Kajang #pembersihan #sanitasi #kes positif #Kementerian Kesihatan #kuarantin #Pekerja #kontak
;