RGB ada syarikat peralatan tentera di Malaysia

Astro Awani
Februari 27, 2017 20:59 MYT
Agensi Perisikan Korea Utara (RGB) mengendalikan syarikat peralatan ketenteraan di negara ini yang digelar Glocom. - Gambar fail
Agensi Perisikan Korea Utara (RGB) mengendalikan syarikat peralatan ketenteraan di negara ini yang digelar Glocom.
Syarikat itu berselindung di sebalik pintu tidak bertanda di aras dua sebuah bangunan usang di kejiranan Little India, Brickfields.
Memetik laporan agensi berita Reuters yang memperoleh laporan PBB untuk Majlis Keselamatan, syarikat itu menjual peralatan radio tempur sekali gus melanggar sekatan badan dunia itu.
Glocom mengiklankan lebih 30 sistem radio untuk organisasi 'tentera dan separa tentera' di laman web miliknya di Malaysia, glocom.com.my.
BACA: RGB: Ejen perisikan Korea Utara telah lama bertapak di Asia
Laman web Glocom yang dipadam akhir tahun lalu, menyenaraikan alamat Little India di ruang yang boleh dihubungi.
Siasatan mendapati syarikat berkenaan juga tidak wujud di Malaysia.
Laporan draf PBB berkata, ia sememangnya memiliki perniagaan disebutkan.
Resolusi PBB 1874, yang diguna pakai pada 2009, melanjutkan sekatan senjata ke atas Korea Utara untuk memasukkan peralatan tentera dan semua bahan berkaitan.
#Ejen perisikan Korea Utara #Reconnaissance General Bureau #RGB
;