#RespectMyPM: Kempen netizen pertahan Najib
Astro Awani
Mac 7, 2016 12:00 MYT
Mac 7, 2016 12:00 MYT
“I am Malaysian. And I #RespectMyPM.”
Begitulah ayat yang terpapar pada beberapa poster yang viral di media sosial sebagai kempen untuk menyatakan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hashtag #RespectMyPM yang membanjiri Facebook dan Twitter dilihat sebagai usaha untuk membuktikan kepercayaan netizen kepada kepimpinan Najib yang kebelakangan ini menerima pelbagai tekanan termasuklah Deklarasi Rakyat yang ditandatangani lebih 50 orang tokoh politik dan NGO yang mendesak agar Najib meletakkan jawatan.
Kebanyakan netizen termasuk ahli politik menyahut seruan tersebut di Twitter:
Namun ada netizen yang turut mempersoalkan keberkesanan penggunaan hashtag di media sosial sebagai kempen kesedaran.
Beberapa gambar dimuat naik dengan slogan di atas bersama dengan bendera semua negeri di Malaysia: