Resolusi kesederhanaan yang dibawa Malaysia diterima PBB
Media Statement
Disember 9, 2017 11:01 MYT
Disember 9, 2017 11:01 MYT
Malaysia hari ini mencatat sejarah di Perhimpunan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dalam sidangnya kali ke-72 apabila inisiatif kesederhanaan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2010 bagi menggerakkan pendekatan kesederhanaan dan disusuli kemudiannya pada tahun 2012 dengan penubuhan GMMF atau Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global, telah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa .
Resolusi tersebut telah diterima melalui undian oleh 135 negara anggota PBB kecuali Amerika Syarikat dan Israel yang telah menentang dan tidak ada negara yang berkecuali. Resolusi tersebut telah dibentangkan oleh Datuk Seri Mohd Shahrul Ikram Yaakob, Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York dan turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GMMF, Datuk Nasharudin Mat Isa.
Menurut Nasharudin yang telah berada di New York sejak beberapa hari lepas, penerimaan pakai terhadap resolusi tersebut adalah satu pengiktirafan besar terhadap Malaysia dan GMMF kerana mesej kesederhanaan yang di perjuangkan oleh Malaysia ini boleh menjadi jawapan dan naratif balas kepada perkembangan aktiviti ekstremisma keganasan dan terrorisme, selain dalam membantu untuk mewujudkan scenario masyarakat dunia yang lebih harmoni dan memurnikan nilai-nilai kebersamaan (peaceful coexistence)
Menurut Nasharudin lagi, beliau ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Wisma Putra khasnya pejabat Perwakilan Tetap Malaysia di New York dan seluruh rakyat Malaysia amnya kerana telah berjaya mengangkat suara Malaysia ke persada dunia melalui pendekatan kesederhanaan. Menurut beliau lagi, bukanlah satu perkara uang mudah untuk menyakinkan masyarakat antarabangsa tentang inisiatif tersebut tetapi melalui track record Malaysia yang sememangnya sudah dikenali sebagai sebuah negara dan masyarakat yang mengamalkan kesederhanaan, bertoleransi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, inisiatif Malaysia tersebut lebih mudah untuk diyakini oleh negara anggota PBB.
Antara isi kandungan resolusi tersebut adalah pengumuman tahun 2019 selaku Tahun Kesederhanaan Global dalam usaha menggerakkan gelombang suara kesederhanaan menerusi promosi dialog, nilai toleransi, dan usaha atau panggilan ke arah kerjasama yang lebih erat di kalangan masyarakat antarabangsa dalam agenda mempromosikan kesederhanaan sebagai suatu nilai yang membawa kepada keamanan dan keselamatan. Resolusi tersebut turut memanggil komuniti antarabangsa untuk mendokong dan mengiktiraf GMM.
Ujar Nasharudin lagi, GMM sudah pun melakarkan aktiviti susulan bagi terus mempromosi pendekatan kesederhanaan samaada diperingkan dalam negeri, serantau mahupun di peringkat global. Pengiktirafan tahun 2019 sebagai Tahun Kesederhanaan Global memerlukan GMM untuk terus memperluaskan aktiviti-aktivitinya diperingkat antarabangsa sebagai kesinambungan terhadap usaha-usaha yang telah sedia dilakukan kini.
#agenda
#Amerika Syarikat
#ISA
#Israel
#keganasan
#keselamatan
#Malaysia
#menteri
#Najib Razak
#New York
#PBB
#Perdana Menteri
#Wisma Putra