Rentas negeri: PLUS ingatkan pengguna lebuh raya patuh SOP kekang penularan COVID-19

Bernama
Disember 6, 2020 23:05 MYT
PLUS mengalakkan pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan agar lebih bertanggungjawab semasa situasi wabak COVID-19 ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mengingatkan pengguna lebuh raya melakukan perjalanan rentas negeri yang dibenarkan mulai esok agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.
"PLUS mengalakkan pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan agar lebih bertanggungjawab semasa situasi wabak COVID-19 ini.
"Pengguna lebuh raya boleh menyemak status destinasi yang dituju daripada perspektif COVID-19 sebelum memulakan perjalanan yang boleh didapati menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Aplikasi MySejahtera," menurut kenyataan itu.
BACA: Rentas negeri, daerah dibenarkan kecuali di kawasan PKPD
Pengendali lebuh raya berkenaan turut mengingatkan orang ramai agar membuat urusan tambah nilai kad Touch 'n Go lebih awal dan memastikan baki mencukupi sebelum memasuki lebuh raya bagi menggalakkan transaksi tanpa sentuh dan tanpa tunai yang berperanan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
-- BERNAMA
#plus malaysia bhd #PLUS #pengguna lebuh raya #rentas negeri #patuh SOP #prosedur operasi standard #COVID-19 #Majlis Keselamatan Negara #MKN #MySejahtera
;