BANGI: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mempertingkatkan kesiapsiagaan dalam pengurusan kecemasan dan kemalangan di 30 lebuh raya di negara ini bagi menghadapi pertambahan pergerakan trafik susulan kebenaran rentas negeri yang bermula semalam.
Ketua Penolong Pengarah Pembangunan dan Trafik LLM Syed Mohd Faizal Said Ahmad berkata kesemua syarikat konsesi lebuh raya telah diarahkan agar sentiasa mengadakan latihan simulasi kemalangan termasuk kursus 'Basic Occupational First Aid' untuk Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT), yang wajib ditubuhkan syarikat konsesi.
"Langkah ini membantu melancarkan trafik di lebuh raya apabila tiba waktu puncak lebih-lebih lagi menjelang hujung minggu dan beberapa sambutan perayaan akan datang," katanya kepada Bernama semalam.
LLM menjangkakan jumlah trafik akan meningkat kepada empat juta kenderaan sehari susulan kebenaran rentas negeri berbanding 3.5 juta kenderaan pada masa ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad mengumumkan rakyat Malaysia yang telah lengkap divaksinasi dibenarkan melakukan pergerakan rentas negeri bermula semalam tanpa perlu mendapat kebenaran daripada polis.
Syed Mohd Faizal berkata unit peronda lebuh raya seperti PLUSRonda akan melakukan rondaan 24 jam untuk memastikan keselamatan pengguna di lebuh raya selain memberikan bantuan awal kepada pengguna lebuh raya jika berlaku kecemasan atau kemalangan.
Menurutnya, unit peronda akan membantu mengenal pasti lokasi kejadian kecemasan atau kemalangan sebelum memaklumkannya kepada ERT dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata setiap pasukan ERT dianggotai tiga petugas sentiasa berada dalam mod 'standby' di beberapa lokasi panas di sepanjang 2,016 kilometer lebuh raya antaranya di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan Fasa 2, serta Jambatan Pulau Pinang.
Beliau berkata 589 kamera litar pintas (CCTV) di semua rangkaian lebuh raya turut membantu pusat kawalan LLM dan syarikat konsesi lebuh raya untuk memantau perkembangan aliran trafik.
Syed Mohd Faizal berkata LLM juga menggunakan laman media sosial Twitter @LLM Trafik yang sentiasa dikemaskini bagi menyalurkan maklumat terkini kepada lebih 250,000 pengikut akaun dan pengguna lebuh raya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021

Syed Mohd Faizal berkata, unit peronda lebuh raya akan melakukan rondaan 24 jam untuk memastikan keselamatan pengguna di lebuh raya, ketika ditemui di Pusat Pengurusan Trafik LLM, Bangi, 11 Okt, 2021. --fotoBERNAMA
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.

Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
Jajaran lebuh raya berkenaan adalah di PLUS, NKVE, ELITE dan DUKE.

Deepavali: Aliran trafik terkawal, kenderaan bertambah di lebuh raya utama pagi ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan terkawal walaupun jumlah kenderaan bertambah setakat 9 pagi ini, menjelang sambutan Deepavali esok.

Aliran trafik terkawal, smartlane dibuka lancarkan perjalanan
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.

Aidiladha: Larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun
Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia mengeluarkan arahan larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun ini sempena Aidiladha.

Aliran trafik dari utara dan Pantai Timur ke Lembah Klang sesak
Aliran trafik di lebuh raya dari utara dan Pantai Timur menuju ke Lembah Klang padat setakat petang ini.

Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak lancar setakat 10 malam ini.

Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama lancar pagi ini
Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 10 pagi ini, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini
Aliran trafik di lebuh raya utama setakat 5 petang ini agak perlahan berikutan orang ramai mengambil peluang cuti panjang sempena Krismas untuk berjalan bersama keluarga dan pulang ke kampung.

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar
Aliran trafik di lebuh raya utama lancar dan tiada sebarang kesesakan lalu lintas dilaporkan setakat 10 malam ini.