Rentas negeri: Aliran trafik lebuh raya lancar pagi ini

Afiezy Azaman
Oktober 17, 2021 09:41 MYT
Aliran trafik lancar di sekitar Plaza Tol Karak, Pahang dan Kuala Terengganu, Terengganu. -Gambar Twitter LLM
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa plaza tol di lebuh raya utama masih lagi lancar dan terkawal setakat jam 7 pagi ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi ciapan di akaun Twitter memaklumkan aliran trafik di semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang termasuk Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) juga lancar dan terkawal.

6.41am LEMBAH KLANG : Trafik di laluan utama semua lebuhraya bertol masih dalam keadaan lancar & terkawal termasuk NKVE@E1, ELITE@E6 & LDP@E11.

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) October 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, aliran trafik di beberapa lokasi seperti di Plaza Tol Gombak, Selangor dan Bentong, Pahang serta laluan mendaki di Genting Sempah, Pahang masih lagi lancar dan terkawal.

7.01am KL-KARAK@E8 : Laluan menuju ke Pantai Timur masih lancar & selesa termasuk lokasi disekitar Plaza Tol Gombak & Bentong serta kawasan mendaki di Genting Sempah. pic.twitter.com/zGpsejBDdU

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) October 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, aliran trafik di sepanjang lebuh raya di sekitar Plaza Tol Sungai Besi, Serdang, Selangor; Plaza Tol Skudai dan Plaza Tol Kempas, Johor juga lancar.

7.09am PLUS@E2 : Aliran trafik di lebuhraya Utara-Selatan masih lancar & terkawal termasuk persekitaran Plaza Tol utama seperti Sg.Besi, Skudai & Kempas serta laluan di sekitar Simpang Renggam. pic.twitter.com/DHKb04K160

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) October 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Katanya, aliran trafik turut lancar di sekitar Plaza Tol Karak, Pahang dan Kuala Terengganu, Terengganu.
LLM bagaimanapun berkata kerja pengalihan dan pembersihan nahas di Kilometer 14.4 arah utara di Nilai Utara ke Bandar Serenia masih dijalankan dan lorong kiri ditutup.
Dalam masa yang sama, terdapat insiden kereta terbakar di laluan Terowong Menora ke Ipoh Utara di Kilometer 267.5 arah selatan menyebabkan lorong kecemasan terhalang, namun keadaan trafik masih lancar.

6.57am PLUS@E1 : Trafik di sepanjang lebuhraya masih dalam keadaan lancar & terkawal termasuk lokasi disekitar Plaza Tol Sg.Dua, Juru & Jalan Duta serta laluan dipersekitaran Terowong Menora. pic.twitter.com/sMMH14EdHl

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) October 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan rentas negeri bermula 11 Oktober lalu.
Ia susulan peratusan populasi dewasa di negara ini yang lengkap divaksin sudah mencapai 90 peratus.
#Lebuhraya Utara-Selatan #aliran trafik #lebuh raya #Lembah Klang #plaza tol
;