Rentas negara: Teknologi blok rantaian, MySejahtera perlu dimanfaat
Harits Asyraf Hasnan
Mac 24, 2021 12:32 MYT
Mac 24, 2021 12:32 MYT
KUALA LUMPUR: Teknologi sijil digital vaksinasi COVID-19 akan membantu Malaysia-Singapura meneruskan kelangsungan perdagangan yang terjejas teruk sejak pandemik itu melanda.
Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Danial Wong berkata, platform blok rantaian seperti MySejahtera akan menjadi medium penting rentas negeri antara dua negara.
"Kalau platform blok rantaian sebegini boleh diguna pakai dan keselamatannya dijamin, Singapura perlu mengkaji MySejahtera.
"Penting untuk ia diiktiraf agar warga kedua-dua negara, sama ada yang pergi Singapura atau datang ke Malaysia, boleh menggunakan aplikasi ini dengan mudah," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
Tegasnya, sekiranya proses rentas negara antara Malaysia-Singapura dapat direalisasikan, ia akan menjadi contoh kepada negara lain terutama di peringkat ASEAN.
Pada Selasa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru agar kerjasama di peringkat teknikal bagi cadangan pengiktirafan timbal balas terhadap sijil vaksin COVID-19 dapat diteruskan dan dimuktamadkan pada masa hadapan.
Ia merangkumi pengaturan timbal balas perjalanan Reciprocal Green Lane (RGL), pengaturan perjalanan berkala Periodic Commuting Arrangement (PCA), dan pengaturan perjalanan harian Daily Commuting Arrangement (DCA).
Impak Ekonomi | Rentas sempadan Malaysia-Singapura
#rentas negara
#COVID-19
#ASEAN
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#MySejahtera
#sijil digital vaksin
#sijil digital
#pengaturan timbal balas
#perjalanan
#rentas negeri
#Dewan Perdagangan Digital Malaysia
#Chris Danial Wong
#perdagangan
#blok rantaian