Reman suspek kes bunuh rakan disambung tujuh hari
Nur Fazlizai Ali
November 9, 2020 12:16 MYT
November 9, 2020 12:16 MYT
MARANG: Perintah tahanan reman seorang remaja perempuan yang juga suspek utama pembunuhan rakan sendiri di Hulu Terengganu dilanjutkan tujuh hari lagi.
Lanjutan perintah tahanan reman ke atas suspek yang berusia 19 tahun itu bermula esok hingga Isnin depan.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek sebelum ini telah direman selama tujuh hari bermula 3 November lalu dan berakhir hari ini.
Dalam kejadian 1 November lepas, seorang gadis berusia 19 tahun ditemukan mati dibunuh dengan kejam di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.
Mangsa, Siti Nur Surya Ismail ditemukan dengan kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja perempuan pada Isnin yang tampil ke balai dengan ditemani ibunya untuk membantu siasatan.
Penahanan itu susulan hasil keterangan diberi remaja terbabit mencurigakan.
#Hulu Terengganu
#kes bunuh Surya
#suspek
#Pembunuhan
#siasatan
#terengganu
#mahkamah
#Remaja perempuan
#telemong
#Siti Nur Surya Ismail
#tetak rakan
#Marang