Reman suami isteri bantu siasatan kematian ibu dilanjut

Bernama
Jun 8, 2023 12:30 MYT
Pada 2 Jun, pasangan itu dibenarkan direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini untuk membantu siasatan polis. - Gambar fail
KANGAR: Tempoh reman sepasang suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas, disambung enam hari bermula esok.
Perintah reman hingga 14 Jun terhadap kedua-duanya yang berusia 34 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Nurhaliza Md Ali bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
Pada 2 Jun, pasangan itu dibenarkan direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini untuk membantu siasatan polis.
Pasangan itu disyaki memukul ibu kepada suspek wanita sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang, Arau pada 1 Jun.
-- BERNAMA
#suami isteri #bunuh ibu #Kangar #PDRM
;