Reman 13 lelaki gaduh di Pangkor dilanjutkan

Bernama
September 6, 2020 06:50 MYT
Sambungan reman itu dibuat bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes.
Tempoh reman ke atas 13 lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pergaduhan di depan sebuah tokong di Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor, di sini, Selasa lalu dilanjutkan dua hari lagi.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata, reman kesemua suspek yang berumur 16 hingga 50 tahun itu, disambung bermula Ahad selepas tempoh reman empat hari mereka sejak Rabu, berakhir Sabtu.
“Sambungan reman itu dibuat bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, kerana melakukan perbuatan merusuh.
BACA: Tidak puas hati parkir di jeti Pulau Pangkor, 13 ditahan kerana bergaduh
“Setakat ini motif kejadian masih sama, iaitu tidak berpuas hati dengan masalah tempat letak kereta di Jeti Pulau Pangkor,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
-- BERNAMA
#gaduh #jeti #manjung #merusuh #Nor Omar Sappi #parkir #polis #Pulau Pangkor #reman #siasatan #tokong
;